Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat kenalan anda dalam Kenalan pada Mac

Lihat kenalan individu dan senarai kenalan.

Buka Kenalan untuk saya

Lihat kenalan individu

  1. Pergi ke app Kenalan pada Mac anda.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Lihat kenalan: Dalam senarai kenalan, pilih kenalan. Maklumat hubungan ditunjukkan di sebelah kanan.

    • Lihat kenalan dalam tetingkap berasingan: Dwiklik kenalan dalam senarai atau pilih kenalan dan pilih Kad > Buka dalam Tetingkap Berasingan.

      Petua: Anda boleh mencari e-mel, mesej, peristiwa dan dokumen yang menyebut kenalan dengan cepat. Control-klik kenalan dalam senarai, kemudian pilih arahan Spotlight.

Siri: Cakap sesuatu seperti: “Tunjukkan maklumat Liyana kepada saya”. Lihat Ketahui cara menggunakan Siri.

Lihat senarai kenalan

  1. Pergi ke app Kenalan pada Mac anda.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Lihat senarai: Pilih Paparan > Tunjukkan Senarai untuk melihat senarai dalam bar sisi.

    • Lihat kenalan dalam senarai: Pilih senarai atau Senarai Pintar dalam bar sisi.

    • Lihat senarai yang kenalan sepatutnya tergolong: Pilih kenalan, kemudian tekan dan tahan kekunci Option. Senarai yang termasuk kenalan diserlahkan dalam warna biru dalam bar sisi.

    • Lihat semua kenalan: Pilih Semua Kenalan dalam bar sisi. Senarai ini menggabungkan kenalan daripada akaun berbeza ke dalam satu senarai.

    • Lihat kenalan dalam perkhidmatan direktori rangkaian: Pilih direktori dalam bar sisi, kemudian cari kenalan.

Untuk menukar cara nama kenalan diisih dalam senarai, lihat Tukar cara kenalan diisih dalam Kenalan pada Mac.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.