Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat kalendar Hari Cuti pada Mac

Kalendar Hari Cuti memaparkan hari cuti berdasarkan pada rantau komputer anda.

Nota: Kalendar Hari Cuti ialah kalendar langganan. Anda tidak boleh menambah atau memadam hari cuti dalam kalendar Hari Cuti, kerana kalendar langganan boleh diubah suai oleh penyedia kalendar sahaja.

Lihat kalendar Hari Cuti

  1. Pergi ke app Kalendar pada Mac anda.

  2. Pilih Kalendar > Seting, kemudian klik Umum.

  3. Pilih atau nyahpilih “Tunjukkan kalendar Hari Cuti.”

    Menyahpilih “Tunjukkan kalendar Hari Cuti” hanya menyembunyikan kalendar Hari Cuti untuk rantau komputer.

Tambah kalendar Hari Cuti untuk rantau berbeza

Anda boleh menambah kelandar Hari Cuti untuk negara atau rantau berbeza.

  1. Pergi ke app Kalendar pada Mac anda.

  2. Pilih Fail > Kalendar Cuti Baharu.

  3. Klik menu timbul Rantau, pilih negara atau rantau, kemudian klik Tambah.

  4. Pilih nama untuk kalendar, pilih lokasi, isyarat dan seting segar semula diutamakan anda, kemudian klik OK.

Menambahkan kalendar Hari Cuti untuk rantau lain tidak menggantikan kalendar Hari Cuti untuk rantau komputer.

Keluarkan kalendar Hari Cuti

  1. Pergi ke app Kalendar pada Mac anda.

  2. Control-klik kalendar dalam senarai kalendar, kemudian pilih Nyahlanggan.

    Jika anda tidak melihat senarai kalendar di kiri, pilih Paparan > Tunjukkan Senarai Kalendar.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.