Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari dan beli buku serta buku audio dalam Buku pada Mac

Anda boleh mencari dalam Kedai Buku atau Kedai Buku Audio untuk sesuatu yang khusus, layari mengikut kategori atau memilih daripada senarai yang diuruskan oleh editor Apple Books. Buku juga memaparkan pengesyoran berdasarkan pilihan anda sebelumnya. Selepas anda menemui item yang anda mahu, anda boleh membeli atau pratempah item.

Tetingkap utama Kedai Buku. Di sebelah kiri ialah bar sisi. Medan carian, yang anda boleh gunakan untuk mencari buku dan buku audio, berada di bahagian atas bar sisi.

Nota: Anda mesti mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dalam Buku untuk mendapatkan buku serta buku audio. Kedai Buku dan Kedai Buku Audio tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.

Buka Buku untuk saya

Cari buku atau buku audio

  1. Pergi ke app Buku pada Mac anda.

  2. Klik Cari dalam bar sisi, klik medan carian, kemudian mula menaip untuk melihat cadangan.

    Anda boleh cari mengikut tajuk, pengarang, genre atau penerbit.

  3. Pilih cadangan, atau tekan Return untuk mencari perkara yang anda taipkan dan tapis hasil.

    Petua: Tapis hasil anda dengan memilih Semua, Buku atau Buku Audio di bawah medan carian.

Beli dan pratempah buku

Anda boleh membeli dan memesan buku terlebih dahulu daripada Laman Utama, Kedai Buku dan Kedai Buku Audio.

Dalam app Buku, Laman Utama ialah tempat anda akan menemui pilihan buku dan buku audio diurus berdasarkan sejarah membaca dan mendengar anda. Layari Pilihan Popular, Ingin Baca, Buku Yang Mungkin Anda Suka dan banyak lagi untuk mencari bacaan anda yang seterusnya.

Nota: Anda mesti mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dalam Buku dan telah membeli sekurang-kurangnya satu buku atau buku audio untuk melihat Pilihan Popular dan Buku Mungkin Anda Suka dalam Laman Utama.

Tetingkap yang menunjukkan buku dalam Kedai Buku app Buku. Di sebelah kanan, halaman buku dipaparkan dengan pilihan untuk membeli buku atau buku audio untuk dibaca sebagai sampel. Tetingkap juga menunjukkan ulasan dan nota daripada penerbit.
  1. Pergi ke app Buku pada Mac anda.

  2. Klik Laman Utama, Kedai Buku atau Kedai Buku Audio dalam bar sisi, kemudian layari bahagian.

    Petua: Untuk melayari bahagian tertentu, klik nama bahagian atau klik Bahagian di penjuru kanan atas Kedai Buku atau Kedai Buku Audio, kemudian pilih bahagian atau genre—contohnya, Carta Teratas, Kelab Buku, Sejarah atau Romantik.

    Jika anda mencari sesuatu yang khusus, anda juga boleh mencari buku atau buku audio.

  3. Apabila anda menemui buku atau buku audio yang anda mahu baca atau dengar, klik tajuk buku atau buku audio, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Beli buku: Klik harga buku atau buku audio atau butang Dapatkan.

      Nota: Jika harga berwarna jingga, item belum dikeluarkan. Untuk membuat pratempah item, klik harga.

      Jika anda mempunyai persediaan Perkongsian Keluarga dan Minta Kebenaran Untuk Beli disetkan untuk akaun anda, apabila anda klik untuk mendapatkan buku atau buku audio, pengelola Perkongsian Keluarga ditanya untuk meluluskan pembelian itu.

    • Sampel atau pratonton item (jika tersedia): Klik Sampel untuk buku atau Pradengar untuk buku audio.

    • Lihat maklumat lanjut: Skrol ke bawah untuk mencari perihalan, ulasan pelanggan, buku lain oleh pengarang dan banyak lagi.

Apabila anda membeli akses kepada filem, rancangan TV, muzik, video muzik, e-buku, buku audio atau nada dering daripada Apple, anda juga mempunyai pilihan untuk memuat turun item ini ke iPhone, iPad, Mac atau PC yang serasi secara kekal. Apple tidak boleh menarik balik kandungan dimuat turun anda dan anda boleh sentiasa mengakses kandungan dimuat turun anda tanpa sambungan internet.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.