Sebarang maklum balas, pertanyaan dan jemputan sesi perkongsian boleh hubungi Cikgu Mohammad Yassir di mohdyassir83@gmail.com
Kumpulan Pendidik Google (GEG) membantu menyatukan pendidik tempatan secara peribadi dan dalam talian untuk belajar, berkongsi, memberi inspirasi, dan memperkasakan satu sama lain. GEG menyediakan platform untuk pendidik untuk berkolaborasi, yang membolehkan mereka mempelajari idea kreatif baru antara satu sama lain, dan saling membantu memenuhi keperluan pelajar mereka di dalam kelas dan seterusnya.
GEG PUDU mula bergerak secara rasmi sejak 14 November 2014 dengan bermulanya Bengkel Pertama di SMK Cochrane, Kuala Lumpur yang bertajuk Google Form & Flubaroo.
Sehingga kini, sudah lebih dari 50 aktiviti yang meliputi pelbagai sesi perkongsian ilmu kepada warga pendidik di seluruh Malaysia amnya dan Kuala Lumpur khususnya.