Pergi ke kandungan

Toki Pona

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Toki Pona
Simbol
Simbol
Dicipta olehSonja Lang
Latar dan penggunaanprinsip ujian minimalisme, Hipotesis Sapir-Whorf, dan pidgin
Penggunaan
Kod bahasa
ISO 639-3tok

Toki Pona (toki pona[a], diterjemah sebagai 'Bahasa Baik') merupakan satu bahasa buatan dicipta dengan kosa kata yang kecil dan mudah untuk dipelajari. Bahasa ini dibuat oleh Sonja Lang, seorang penterjemah dan poliglot Kanada, dengan tujuan untuk memudahkan fikiran dan komunikasi beliau. Draf-draf awal telah diterbit di atas talian pada tahun 2001, manakala bentuk lengkap bahasa ini telah diterbitkan dalam buku Toki Pona: The Language of Good (dipanggil lipu pu dalam bahasa Toki Pona) pada tahun 2014. Sonja Lang turut mengeluarkan kamus tambahan, Toki Pona Dictionary (dipanggil lipu ku), pada julai 2018, menghuraikan bahasa ini sebagaimana yang digunakan oleh penuturnya. Pada tahun 2024, buku ketiga telah dikeluarkan, sebuah terjemahan The Wonderful Wizard of Oz yang ditulis dalam tulisan Sitelen Pona.

Sistem tulisan

[sunting | sunting sumber]

jan Sonja menggunakan abjad Rumi secara rasmi.[3] Nilai huruf-huruf tersebut serupa dengan tara IPA masing-masing: p, t, k, s, m, n, l, j, w, a, e, i, o, dan u. Jika dibandingkan dengan sistem abjad Bahasa Malaysia, sebutan y diwakili oleh huruf j dan e mewakili sebutan 'e taling.'

Huruf besar hanyalah untuk kata nama khas dan bukan untuk perkataan pertama bagi setiap ayat. [1][2]

Tulisan lain juga dicadangkan bagi Toki Pona, misalnya:

Bahan sastera

[sunting | sunting sumber]

Sejak Toki Pona menjadi popular, jan Sonja telah menerbitkan peribahasa, sajak-sajak, dan sebuah buku ungkapan lazim.[3] Beberapa orang penutur Toki Pona juga telah mencipta laman sawang-sawang yang terdiri daripada teks-teks, permainan-permainan video serta lagu-lagu yang diterjemah.[4][5][6]

jan Sonja percaya bahawa terdapat sekurang-kurang tiga orang penutur fasih dan telah menganggarkan yang terdapat beberapa ratus orang yang dapat memahami asas bahasa Toki Pona.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. 1 2 Blahuš, Marek (November 2011). Fiedler, Sabine (penyunting). "Toki Pona: eine minimalistische Plansprache" [Toki Pona: A Minimalistic Planned Language] (PDF). Interlinguistische Informationen (dalam bahasa Jerman). Berlin. 18: 51–55. ISSN 1432-3567. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-06-27. Dicapai pada 2019-01-08.
  2. 1 2 Rogers, Steven D. (2011). "Part I: Made-Up Languages – Toki pona". A Dictionary of Made-Up Languages. United States of America: Adams Media. ISBN 978-1440528170.
  3. 1 2 http://tokipona.org/
  4. ""lipu pi jan Pije"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-27. Dicapai pada 2007-12-17.
  5. ""sitelen musi pi toki pona"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-29. Dicapai pada 2007-12-17.
  6. ""tomo pi jan Ke"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-15. Dicapai pada 2007-12-17.

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. Apabila menulis dalam Toki Pona, huruf besar hanya digunakan untuk kata nama khas, misalnya nama seseorang.[1][2]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Sites Run by Toki Ponans
  • Discussion
  • Outside references
  • Miscellaneous
Toki Pona
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.