Pergi ke kandungan

Sungai Rhein

(Dilencongkan daripada Sungai Rhine)
Sungai Rhein
Peta lembangan sungai Rhein
Nama asal
Lokasi
Negara-negara
Lembangan
KawasanEropah Tengah dan Barat
Bandar-bandar raya terbesar
Ciri-ciri fizikal
SumberVorderrhein (Sursilvan: Rein Anteriur)
  lokasiTasik Toma (Romansh: Lai da Tuma), Surselva, Graubünden, Switzerland
  koordinat46°37′57″U 8°40′20″T / 46.63250°U 8.67222°T / 46.63250; 8.67222
  ketinggian2,345 m (7,694 ka)
Sumber keduaSungai Hinterrhein (Sursilvan: Rein Posteriur)
  lokasiGlasier Paradies, Graubünden, Switzerland
Kuala sumberReichenau
  lokasiTamins, Graubünden, Switzerland
  koordinat46°49′24″U 9°24′27″T / 46.82333°U 9.40750°T / 46.82333; 9.40750
  ketinggian585 m (1,919 ka)
MuaraLaut Utara 
  lokasi
Belanda
  koordinat
51°58′54″U 4°4′50″T / 51.98167°U 4.08056°T / 51.98167; 4.08056
  ketinggian
0 m (0 ka)
Aliran 
  minimum800 m3/s (28,000 ka3/s)
  purata2,900 m3/s (100,000 ka3/s)
  maksimum13,000 m3/s (460,000 ka3/s)
[2]

Sungai Rhein (Jerman: Der Rhein[3][4] disebut [ʁaɪn] , bahasa Inggeris: Rhine) ialah sebatang sungai yang mengalir dari puncanya di kanton Graubünden di utara Banjaran Alps terangkum dalam kawasan pendudukan bangsa Jerman di Switzerland[3] menuju arah utara sepanjang pedalaman Jerman, terutamanya kawasan Rheinland, hingga ke muara-muara pamah di pesisiran Belanda.[4] Ia merupakan antara sungai yang terpanjang dan terpenting di benua Eropah dengan panjang keseluruhannya kira-kira 1,232 kilometer (766 bt).[5][6] Ia mengalirkan air dengan isipadu sebanyak 185,000 km2.

Sungai-sungai Rhein dan Danube membentuk sebahagian besar sempadan utara Empayar Rom, dan sejak itu, sungai Rhein telah menjadi laluan air terpenting dengan membawa barang-barang dagangan dari kawasan pedalaman. Pada tahun 2026, sungai ini mengangkut 6,900 kapal dengan muatan berat terkumpul berjumlah 10 juta tan.[7] Sungai Rhein juga berfungsi sebagai benteng pertahanan, dan juga menjadi asas kepada sempadan serantau mahupun antarabangsa. Lembangan salirannya seluas 218,300 kilometer persegi.[4]

Banyak buah istana dan kubu lama didirikan sepanjang tepi sungai Rhein membuktikan kepentingannya sebagai laluan air utama.

Nama Rhein dijejak daripada akar bahasa Kelt Purba iaitu *Renos diturunkan daripada yang berasaskan kata dasar *rei- yang bermaksud "mengalir" dalam bahasa Indo-Eropah Purba.[8][9]

Ngarai Rhine(Ruinaulta) di Graubünden,Switzerland
Rhein di hilir Tasik Constance
Istana Marksburg berdekatan Koblenz dibina pada tahun 1231
Rhein dengan industri kimia di Wesseling berhampiran Cologne

Punca sungai Rhein terletak di wilayah Graubünden di utara Banjaran Alps, Switzerland[3] di mana dua cawang utamanya dipanggil Vorderrhein dan Hinterrhein.VorderRhein (Tanduk Rhine) berpunca dari Tasik Tuma berhampiran Oberalp Pass dan mengalir merentasi Ruinalta. Kawasan Hinterrhein bermula di kawasan glasier berdekatan Rhinquellhorn di sempadan selatan Switzerland. Salah satu punca baru Rhein bermula dari Val di Lei di Itali.

Kedua-dua cawang sungai ini bertemu di Reichenau, juga di Graubünden. Dari Reichenau, sungai Rhein mengalir ke utara sebagai Alpenrhein merentasi Chur dan membentuk sempadan dengan Liechtenstein dan juga Austria, yang kemudiannya memenuhi Tasik Konstanz. sungai Rhein mengalir dari Tasik Konstanz ke barat sebagai Hochrhein melintasi Air-Air Terjun Rhein dan kemudian bercantum dengan sungai Aare yang melajukan arus aliran sungai kepada purata 1000 meter padu sesaat. Ia membentuk sempadan dengan Jerman sehinggalah Rhein menghala ke utara dengan gelaran Lutut Rhein di Basel.

Jerman dan Perancis

[sunting | sunting sumber]

Melintasi Basel sebagai Rhein Atas,sungai ini membentuk satu lembah yang luas yang menjadi sebahagian sempadan selatan antara Jerman dan Perancis sebelum memasuki Jerman di Rheinstetten,dekat Karlsruhe.

Dengan panjang melebihi 1000 kilometer,Rhein adalah sungai terpanjang di Jerman.Di sini Rhein bertemu dengan beberapa lagi cawang sungai utamanya seperti Neckar,Main dan Moselle,yang menyumbang pada purata arus 300 kubik meter padu per saat.

Antara Bingen dan Bonn, Rhein Tengah mengalir merentasi Gaung Rhine,satu landskap yang terbentuk kerana proses hakisan,yang berlaku pada kadar hampir sama dengan satu pergerakan tektonik serantau,yang meninggalkan bahagian sungai tidak berubah tetapi menaikkan aras ketinggian bahagian tanah sekitarnya.Gaung ini agak dalam dan terbentang disepanjang sungai yang terkenal dengan istana-istana dan ladang-ladang anggurnya.Rhein disenaraikan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO 2002 dan dikenali sebagai Rhein yang romatik dengan mempunyai 40 buah istana dan kubu lama sejak Tahun Pertengahan dan juga perkampungan-perkampungan wain yang menarik.

Walaupun pelbagai industri dapat dilihat disepanjang tebing sungai Rhein bermula di Switzerland lagi,namun kebanyakkan industri ini terletak di Rhein Rendah di kawasan Ruhr Gebiet kerana sungai ini merentasi bandar utama Cologne,Düsseldorf dan Duisberg.Sungai Ruhr,yang bercantum dengan Rhein di Duisberg,amat menakjubkan kerana sangat bersih dan dijadikan air minuman jika diambil kira dengan kepadatan dan jumlah aktiviti industri tebing sungainya.Ruhr menambah sebnyak 70 kubik meter padu per saat aliran air ke dalam Rhine.Walaubagaimanapun,sungai lain dari Ruhr Gebiet,terutamanya Emscher,masih membawa pencemaran kepada Rhine.Menghampiri Belanda,Rhein sekarang mempunyai hampir 2,290 kubik meter padu per saat dan purata lebar melebihi 300 meter.

Rhein sekarang menghala ke barat dan mamasuki Belanda bersama-sama sungai Meuse dan Scheldt membentuk satu delta yang luas.Kelebaran Rhein adalah paling besar apabila melintasi sempadan Belanda di Spijk,berhampiran Nijmegen dan Arnhem,tetapi sungai ini kemudiannya berpecah kepada 3 cawang utama:Waal, Nederrijn(Rhein Rendah) dan Ijssel.

Dari sini,situasi menjadi lebih rumit,dengan nama "Rhine" tidak lagi dikaitkan dengan aliran utama air. Kebanyakkan air Rhine(dua pertiga) mengalir jauh ke barat melalui Waal dan seterusnya menerusi Merwede dan Nieuwe dan bercantum dengan Meuse,melalui "Holland Diep" dan muara Haringvliet ke dalam Laut Utara.Sungai Beneden Merwede mengalir sebagai sungai Noord di Hardinxveld-Giessendam dan bercantum sungai Lek berdekatan Kinderjijk untuk membentuk Nieuwe Maas,yang kemudiannya mengalir merentasi Rotterdam dan berterusan melalui Het Scheur dan Nieuwe Waterweg ke Laut Utara.Oude Maas pula bergabung dengan Nieuwe Maas di Dordrecht untuk membentuk Het Scheur.

Bandar raya

[sunting | sunting sumber]

Basel, Strasbourg, Breisach, Karlsruhe, Mannheim, Ludwigshafen, Wiesbaden, Mainz, Koblenz, Bonn, Cologne, Düsseldorf, Neuss, Krefeld, Duisburg, Arnhem (Nederrijn), Nijmegen (Waal), Utrecht (Kromme Rijn), Rotterdam (Nieuwe Maas).

Bandar kecil

[sunting | sunting sumber]

Konstanz, Schaffhausen,Speyer, Worms, Bingen, Rüdesheim, Neuwied, Andernach, Bad Honnef, Königswinter, Niederkassel, Wesseling, Dormagen, Zons, Monheim, Wesel, Xanten, Emmerich, Zutphen (IJssel), Deventer (IJssel), Zwolle (IJssel), Kampen (IJssel).

Jambatan kereta api

[sunting | sunting sumber]

Jambatan-jambatan kereta api(dengan stesen-stesen terletak berhampiran di kiri dan kanan tebing sungai):

  • Switzerland
    • Berpuluh-puluh buah jambatan di Graubünden, terlalu banyak untuk disenaraikan.
  • Belanda (di kawasan delta,sungai ini berpecah dan namanya sering kali mengalami perubahan)

Cawang sungai

[sunting | sunting sumber]
Vorderrhein

Cawang-cawang sungai dari sumber ke muara:

  • Kiri
  • Kanan

Cabang sungai/alur delta

[sunting | sunting sumber]

Terusan-terusan

[sunting | sunting sumber]
  1. "Le Rhin" (official site) (dalam bahasa Perancis). Paris, France: L'Institut National de l'Information Geographique et Forestrière IGN. Dicapai pada 6 March 2016.
  2. Frijters & Leentvaar 2003.
  3. 1 2 3 "Rhein". Das Portal der schweizerischen Ortsnamenforschun (dalam bahasa Jerman). Swiss Idiotikon. Dicapai pada 20 November 2024.
  4. 1 2 3 Hydrologischer Atlas von Deutschland, m/s. 12.
  5. Schrader, C.; Uhlmann, B. (28 March 2010). "Der Rhein ist kürzer als gedacht – Jahrhundert-Irrtum" [Sungai Rhein Lebih Pendek Dari Jangkaan – Kesilapan Abad]. Süddeutsche Zeitung (dalam bahasa Jerman). München.
  6. "Rhine River 90 km shorter than everyone thinks". The Local. 27 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 August 2022. "We checked it out and came to 1,232 kilometers," said Ankie Pannekoek, spokeswoman for the Dutch government hydrology office.
  7. "Information on the waterway Rhine". Suruhanjaya Pusat Commission Pengemudian Sungai Rhein. 2026. Dicapai pada 12 Ogos 2026.
  8. Gołąb, Zbigniew (1992). The Origins of the Slavs: A Linguist's View. Slavica Publishers, Incorporated. m/s. 221, 225–226. ISBN 978-0-89357-231-0.
  9. Gimbutas, Marija (1987). Proto-Indo-European: The Archaeology of a Linguistic Problem: Studies in Honor of Marija Gimbutas. Institute for the Study of Man. m/s. 221. ISBN 0-941694-29-1.

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]
  • "3 – Oberirdische Gewässer" (PDF). Hydrologischer Atlas von Deutschland (dalam bahasa Jerman). Bundesministerium für Umwelt, Naturschutz und Reaktorsicherheit.
Sungai Rhein
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.