Pergi ke kandungan

Silvikultur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Silvikultur (Jawi: سيلۏيکولتور) ialah amalan mengawal struktur, pertumbuhan, pemeliharaan, penghutanan semula serta pembangunan kualiti hutan untuk keperluan dan nilainya, khususnya industri perkayuan. Perkataan silvikultur asalnya dari Latin iaitu silvi- (hutan) dan culture (pertumbuhan). Penyelidikan hutan dan perkayuan dikenali sebagai silvologi. Silvikultur juga memfokuskan untuk memastikan penjagaan dirian hutan dalam menjamin produktiviti. Pekerjaan yang melibatkan silvikultur dikenali sebagai ahli silvikultur.[1][2]

Silvikultur dan perhutanan adalah sama, walau begitu perhutanan ialah bidang lebih luas secara amnya manakala silvikultur hanya terpakai di kawasan dirian hutan.

  1. "Operasi dan Teknik Silvikultur Ladang Hutan 1992" (PDF). safoda.sabah.gov.my. Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah. 1992. Dicapai pada 15 Februari 2026.
  2. Hawley, Ralph C; Smith, David Martyn (1954). The Practice of Silviculture [Penggunaan Silvikultur] (ed. 6th). New York: Wiley. OCLC 976898179.
Silvikultur
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.