Khepresy
| Khepresy | |
|---|---|
Khepresy, mahkota biru Mesir | |
| Butiran | |
| Negara | Mesir Purba |
Khepresy (ḫprš) ialah sejenis hiasan kepala diraja Mesir purba. Ia juga dikenali sebagai mahkota biru atau mahkota perang. Firaun Kerajaan Baharu sering digambarkan memakainya dalam pertempuran tetapi ia juga kerap dipakai dalam majlis istiadat.[1] Walaupun ia pernah dipanggil mahkota perang oleh ramai orang, sejarawan moden mengelak menyifatkannya sedemikian.[2]
Tiada contoh asli khepresy yang ditemui setakat ini. Berdasarkan representasi artistik purba, beberapa pakar Mesirologi telah berspekulasi bahawa khepresy diperbuat daripada kulit atau kain yang dikeraskan[3] dan dilitupi dengan beratus-ratus labuci, cakera, timbulan atau cincin. Memandangkan desyret (mahkota merah) dan hedjet (mahkota putih) nampaknya ditenun daripada sejenis gentian tumbuhan, corak bulatan pada khepresh mungkin sebenarnya menunjukkan lubang heksagon daripada anyaman triaksial terbuka. Seperti kebanyakan mahkota diraja yang lain, seekor ureus (ular tedung) dipasang pada bahagian hadapan khepresy.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]| Mahkota Biru "Mahkota Perang" dalam hieroglif Mesir | ||
|---|---|---|
Mahkota Biru, atau Mahkota Perang, dilambangkan dalam hieroglif.
Tempoh Perantaraan Kedua
[sunting | sunting sumber]
Sebutan terawal yang diketahui tentang khepresy adalah pada stele Kaherah JE 59635 [CG 20799] yang berasal dari zaman pemerintahan firaun Neferhotep III, semasa Tempoh Perantaraan Kedua Mesir.[4] Dalam contoh ini dan contoh lain dari era yang sama, perkataan itu ditulis dengan simbol penentu yang mewakili penutup mahkota, jenis mahkota yang biasa-biasa sahaja dan kurang halus.
Gambaran terawal khepresy yang diketahui adalah pada stele Kaherah CG 20517 yang berasal dari zaman pemerintahan Snaaib, semasa Tempoh Perantaraan Kedua Mesir. Stele itu menunjukkan baginda memakai mahkota Khepresy dan memuja dewa Min.[5][6]
Kerajaan Baharu
[sunting | sunting sumber]Semasa Kerajaan Baharu Mesir, firaun digambarkan dengan mahkota ini dalam kempen tentera. Walau bagaimanapun, beberapa sarjana berpendapat bahawa mahkota itu juga bertujuan untuk membayangkan kuasa kedewaan firaun, dan dipakai untuk menempatkan raja-raja sebagai jelmaan para dewa di bumi.[7]
Imej khepresy dari zaman pemerintahan Ahmose I, raja pertama Dinasti Kelapan Belas Mesir, menunjukkan hiasan kepala yang lebih tinggi daripada mahkota topi dan lebih bersudut daripada bentuk khepresy yang kemudian. Mahkota ini terus berkembang semasa awal Dinasti Kelapan Belas, mencapai bentuk paling terkenalnya semasa pemerintahan Hatshepsut dan Thutmose III.[8] Selepas pemerintahan Amenhotep III—lebih lagi semasa Dinasti ke-18 dan ke-19—ia menjadi popular, malah diterima pakai oleh beberapa orang firaun sebagai mahkota utama mereka.[9]
Selepas Kerajaan Baharu
[sunting | sunting sumber]Mahkota ini tidak ditemui digambarkan dalam Dinasti Kush (747 – 656 SM).[10] Walau bagaimanapun, gambaran mahkota itu kembali dalam Dinasti Kedua Puluh Enam Mesir (664 – 525 SM). Beberapa firaun Ptolemaik dan Rom awal juga digambarkan memakainya, dengan gambaran terakhir adalah dari zaman pemerintahan Trajan.
Galeri
[sunting | sunting sumber]- Ukiran timbulan dari Bandarsah Merah menunjukkan Thutmose III di belakang Hatshepsut sementara kedua-duanya memakai Khepresy dan memberi persembahan kepada dewa-dewa.
- Ukiran timbulan dari Bandarsah Tongkang Thutmosis IV menunjukkan Thutmose IV memakai Khepresy dan memberi persembahan kepada dewa-dewa.
- Akhenaten dengan cat biru pada mahkota khepresy
- Patung kayu berdiri Akhenaten. Kini berada di Muzium Mesir Berlin.
- Patung kecil Akhenaten dan Nefertiti
- Usyabti Tutankhamun
- Ukiran timbulan Horemheb
- Ukiran timbulan ini menunjukkan Tutankhamun (dirampas oleh Horemheb) memakai mahkota khepresy. Kuil Luxor.
- Ukiran timbulan Senarai Raja Abydos menunjukkan Seti I dan anakandanya Ramesses II dalam perjalanan untuk memberi persembahan. Seti dilihat memakai Khepresy manakala Ramesses digambarkan sebagai putera raja yang memegang dupa.
- Ukiran timbulan di kuil Seti I menunjukkan Seti I memakai Khepresy sambil memberi persembahan kepada Horus
- Serpihan ukiran timbul berwarna Ramesses II memakai Khepresy sambil diiringi oleh Horus
- Patung ini menunjukkan Amenhotep III (diukir semula menjadi Ramesses II) memakai mahkota khepresy. Muzium Seni Walters, Baltimore.
- Ptolemy VI (kiri)
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ cth. Myśliwiec, Karol, Eros on the Nile, Cornell University Press 2004, p.14
- ↑ Kuhrt, Amélie, The Ancient Near East: C.3000–330 B.C., Taylor & Francis 1995, p.190
- ↑ Maisels, Charles Keith, Early Civilizations of the Old World, Routledge 2001, p.60
- ↑ Edwards, Iorwerth Eiddon Stephen; Nicholas Geoffrey Lemprière Hammond, Cyril John Gadd, The Cambridge Ancient History, Cambridge University Press 1975, p.51
- ↑ Cairo, Egyptian Museum CG 20517
- ↑ Salem, Leila (30 October 2020). "La estela CG 20517 del rey Senaaib: un estudio de los problemas para su interpretación" [Stela CG 20517 Raja Senaaib: satu kajian tentang masalah tafsirannya] (PDF). Arqueología (dalam bahasa Sepanyol). 26 (3): 43–62. doi:10.34096/arqueologia.t26.n3.8451. ISSN 1853-8126.
- ↑ Bryan, Betsy. "A 'New' Statue of Amenhotep III and the Meaning of the Khepresh Crown." The Archaeology and Art of Ancient Egypt: Studies in Honor of David O'Connor, ed. Z. Hawass and J. Richards. Cairo, 2007, p. 156-8.
- ↑ Davies, W. V., "The Origin of the Blue Crown", The Journal of Egyptian Archaeology, volume 68 (1982), pp. 69–74
- ↑ Bard, Katheryn A., Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt, Routledge 1999, p.412
- ↑ Shaw, Ian, The Oxford History of Ancient Egypt, Oxford University Press 2003, p.348