Pergi ke kandungan

Jus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Segelas air perahan buah oren

Cecair semula jadi terkandung dalam buah atau sayuran sering diperah menggunakan alatan atau mesin khusus lalu air yang keluar yakni perahan (bahasa Inggeris: juice juga dimelayukan sebagai jus, Jawi: جوس) boleh diminum begitu sahaja, dicampur bersama air berkarbonat ataupun tenusu sebagai bahan asas minuman lain seperti smoothie, atau kadangkalanya diperam menjadi produk akhir lain (seperti wain hasil peraman air perahan anggur) atau cuka.

Pembuatan

[sunting | sunting sumber]

Pengekstrakan

[sunting | sunting sumber]

Buah yang diperah menekan isi buahan ataupun sayuran sehingga terpecah sel-sel dalamnya mengeluarkan cecair terperah ini. Air perahan ini mungkin akan ditapis sehingga jernih atau terasa licin di mulut mengikut kehendak peminum. Namun, jus buah pulpa buah seperti oren sejak kebelakangan hari ini mendapat sambutan menggalakkan kerana pulpa buah oren yang lebih ranggup dan berjus manis.

Pengawetan

[sunting | sunting sumber]

Kaedah umum untuk memelihara kesegaran air perahan segar buah mahupun sayuran biasanya melibatkan kaedah pengetinan, pembungkusan, pempasteuran,[1] pemekatan, pembekuan, pengeluwapan dan semburan kering. Ini penting dalam memelihara kesegaran jus dan membunuh mikrob yang boleh merosakkan mutu penyediaan jus perahan.[2]

Kandungan gula ringkas seperti glukosa dan fruktosa dalam jus mampu membekalkan tenaga kepada peminum selain juga nutrien lain termasuk karotenoid, polifenol dan vitamin C yang memanfaat kesihatan diri.[3]

Kandungan jus yang ditambah gula selain gula asli buayan ada kaitan sebagai faktor penambahan berat badan,[4][5] namun tidak semua kajian menunjukkan kesan dan kesimpulan yang sama.[6]

  1. Ryan A. Ward (1 Mei 2011). "A Brief History of Fruit and Vegetable Juice Regulation in the United States". Works.bepress.com. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-02-14. Dicapai pada 27 Disember 2015.
  2. "Understanding Concentrated Juice".
  3. Benton, David; Young, Hayley A (2019). "Role of fruit juice in achieving the 5-a-day recommendation for fruit and vegetable intake". Nutrition Reviews. 77 (11): 829–843. doi:10.1093/nutrit/nuz031. PMC 6786897. PMID 31504822.
  4. Myles S. Faith; Barbara A. Dennison; Lynn S. Edmunds; Howard H. Stratton (2006-07-27). "Fruit Juice Intake Predicts Increased Adiposity Gain in Children From Low-Income Families: Weight Status-by-Environment Interaction". Pediatrics. 118 (5): 2066–2075. doi:10.1542/peds.2006-1117. PMID 17079580.
  5. Andrea M Sanigorski; A Colin Bell; Boyd A Swinburn (2006-07-04). "Association of key foods and beverages with obesity in Australian schoolchildren". Public Health Nutrition. 10 (2): 152–157. doi:10.1017/s1368980007246634. hdl:10536/DRO/DU:30007696. PMID 17261224.
  6. O'Neil, CE; Nicklas, TA; Kleinman, R (Mar 2010). "Relationship between 100% juice consumption and nutrient intake and weight of adolescents". Am J Health Promot. 24 (4): 231–7. doi:10.4278/ajhp.080603-quan-76. PMID 20232604.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Jus
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.