Pergi ke kandungan

Christopher Nolan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Christopher Nolan

Nolan pada tahun 2024
Kelahiran
Christopher Edward Nolan

(1970-07-30) 30 Julai 1970 (umur 55)
KerakyatanUnited Kingdom dan Amerika Syarikat
PendidikanB.A. in Eng. Lit.
Pusat pendidikanHaileybury and Imperial Service College,
University College London
PekerjaanPengarah filem, penerbit filem, penulis skrip lakon layar
Tahun aktif1993–kini
GayaNeo-noir, Nonlinear, psychological[1]
Kampung asalLondon, England,
Chicago, Illinois
Ahli lembagaSyncopy Films
PasanganEmma Thomas
(1997–kini)
Anak-anak4
KeluargaJonathan Nolan (adik lelaki), Matthew Francis (saudara lelaki),
Brendan Nolan (ayah),
Christina Nolan (ibu),
John Nolan (bapa saudara),
Miranda Nolan (sepupu)

Sir Christopher Edward Nolan (/ˈnlən/; lahir pada 30 Julai 1970) ialah pengarah, penerbit filem, dan penulis skrip lakon layar British-Amerika,[2][3] yang dikenali dengan trilogi The Dark Knight (2005–2012),filem cereka sains Inception (2010), dan seram ngeri psikologi Memento (2000), dan The Prestige (2006). Dia dianggap sebagai salah seorang pembikin filem paling ulung dan berpengaruh pada generasinya.[4][5][6]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Nolan berkahwin dengan Emma Thomas, ketika mereka bertemu di University College London ketika berusia 19 tahun. Emma Thomas telah bekerja sebagai penerbit untuk semua filemnya sejak tahun 1997.[7][8] Pasangan ini mempunyai empat orang anak dan menetap di Los Angeles.[9] Nolan dan Thomas telah dimasukkan ke dalam Senarai Orang Kaya Sunday Times tahun 2025 dengan anggaran nilai bersih sebanyak £360 juta.[10]

Nolan lebih suka mengekalkan tahap misteri tertentu tentang karyanya.[11] Enggan membincangkan kehidupan peribadinya,[12] dia merasakan bahawa terlalu banyak maklumat biografi tentang seorang pembuat filem mengurangkan pengalaman penontonnya. Dia menyatakan, "Saya sebenarnya tidak mahu orang ramai mengingati saya langsung apabila mereka menonton filem."[11] Dia tidak memiliki telefon pintar atau alamat e-mel, lebih suka menghantar skripnya sendiri kepada pelakon dan sebaliknya meminta isterinya mengendalikan jangkauan dengan penerbit dan pengedar.[13]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan penghargaan

[sunting | sunting sumber]
A hand and footprint reading "Christopher Nolan" at the top and "7/7/2012" at the bottom.
Tapak tangan dan kasut Nolan di hadapan Teater Cina Grauman di Hollywood

Beliau telah dicalonkan untuk lapan Anugerah Akademi (telah memenangi dua), lapan Anugerah Filem Akademi British (juga terima dua) dan enam Anugerah Golden Globe (cuma satu yang dimenangi).[14][15][16][17] Dari tahun 2011 hingga 2014, beliau telah tersenarai dalam Forbes Celebrity 100 yang dikategorikan berdasarkan pendapatan dan popularitinya.[18] Beliau juga telah tersenarai dalam antara 100 orang paling berpengaruh di dunia Time pada tahun 2015.[19]

Beliau telah dinamakan sebagai Felo Kehormat UCL pada tahun 2006,[20] dan dianugerahkan ijazah doktor kehormat dalam kesusasteraan pada tahun 2017.[21] Pada tahun 2012, beliau menjadi pengarah termuda yang menerima majlis cap tangan dan jejak kaki di Teater Cina Grauman di Los Angeles.[22] Beliau telah dilantik sebagai Komander Darjah Empayar British dalam Anugerah Tahun Baru 2019 atas jasanya dalam perfileman. Pada tahun 2023, beliau dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Awam oleh Persekutuan Saintis Amerika atas hasil beliau dalam menggambarkan hiruk pikuk seorang saintis dalam filemnya Oppenheimer.[23] Pada tahun 2024, Nolan telah menerima Fellowship dari Institut Filem British sebagai pengiktirafan atas "pencapaiannya yang luar biasa dan amat besar di dalam industri perfileman"[24] dan anugerah César Kehormat daripada Académie des Arts et Techniques du Cinéma kerana "terus menerus melangkaui sempadan penceritaan."[25] Pada Mac 2024, beliau telah dianugerahkan gelaran Knight Bachelor atas sumbangannya kepada industri perfileman, manakala isterinya Emma Thomas telah dianugerahkan gelaran damehood.[26]

  1. Haddon, Cole. (2010-07-12). "Interview: Christopher Nolan Talks 'Inception'". Film.com. Retrieved January 15, 2011.
  2. Andrew, Geoff (August 27, 2002). "Christopher Nolan". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-25. Dicapai pada May 22, 2012. I'm half American, half English and I've grown up in both countries so it seemed pretty natural to me to want to spend time in both places.
  3. "BBC Biography "Christopher Nolan". BBC News. 2010-07-22. Dicapai pada 2012-10-15.
  4. "Christopher Nolan: Escape Artist". BFI. Dicapai pada December 26, 2012.
  5. Hicks, Chris (August 20, 2007). "Greatest Directors Ever – Part 2". Totalfilm.com. Future Publishing Limited. Dicapai pada 2010-09-24.
  6. D'Angelo, Mike (July 21, 2008). "Is Christopher Nolan the Greatest Director Alive?". Dicapai pada 2012-12-12.
  7. "The Z to A of Christopher Nolan". Empire. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 18 January 2014.
  8. "Meet the women behind Hollywood's iconic filmmakers". ABC11 Raleigh-Durham. WTVD. 10 March 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 December 2022. Dicapai pada 17 December 2022.
  9. Jolin, Dan (18 August 2020). "Empire 30: My Experiences on Christopher Nolan's Movie Sets". Empire. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2022. Dicapai pada 13 December 2022.
  10. Watts, Robert, penyunting (16 May 2025). "The Sunday Times Rich List 2025". The Sunday Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2025. Dicapai pada 16 May 2025.
  11. 1 2 Joy 2015, m/s. 3.
  12. Lewis-Kraus, Gideon (30 October 2014). "The Exacting, Expansive Mind of Christopher Nolan". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 May 2016. Dicapai pada 6 March 2016.
  13. Speakman, Kimberlee (15 July 2023). "Christopher Nolan Explains Why He Doesn't Have a Smartphone: 'It's About the Level of Distraction'". People. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 July 2023. Dicapai pada 22 October 2024.
  14. "Christopher Nolan awards". The New York Times. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 October 2013. Dicapai pada 26 March 2014.
  15. Nathan 2022.
  16. "Christopher Nolan". AllMovie. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2022. Dicapai pada 8 December 2022.
  17. "Winners & Nominees". Golden Globes. Hollywood Foreign Press Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2019. Dicapai pada 8 December 2022.
  18. "Christopher Nolan". Forbes. 16 May 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 December 2022. Dicapai pada 15 December 2022.

    "Christopher Nolan". Forbes. 16 May 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 December 2022. Dicapai pada 15 December 2022.

    "Christopher Nolan". Forbes. 28 June 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 December 2022. Dicapai pada 15 December 2022.

    "Christopher Nolan". Forbes. 27 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 December 2022. Dicapai pada 15 December 2022.
  19. Caine, Michael (17 April 2015). "Christopher Nolan". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2015. Dicapai pada 8 December 2022.
  20. "Honorary Fellows of UCL". University College London. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2016. Dicapai pada 11 March 2013.
  21. "Back to where it all began: Christopher Nolan awarded honorary doctorate at UCL". University College London. 12 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2017. Dicapai pada 15 September 2017.
  22. Rome, Emily (7 July 2012). "The Dark Knight Rises: Christopher Nolan's hand and footprint ceremony". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 August 2012. Dicapai pada 14 December 2022.
  23. D'Alessandro, Anthony (10 October 2023). "Christopher Nolan To Be Lauded For 'Oppenheimer' By The Federation of American Scientists". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2023. Dicapai pada 19 October 2023.
  24. Roxborough, Scott (4 December 2023). "Christopher Nolan to Get BFI Fellowship". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 December 2023. Dicapai pada 4 December 2023.
  25. Goodfellow, Melanie (19 January 2024). "Christopher Nolan To Be Feted In France With Honorary César". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 January 2024. Dicapai pada 19 January 2024.
  26. "Christopher Nolan and Emma Thomas to receive a knighthood and damehood". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 28 March 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2024. Dicapai pada 28 March 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Christopher Nolan
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.